KUALA LUMPUR: Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan bukan sahaja tertakluk kepada pengamal media arus perdana, malah ia juga perlu diamalkan para wartawan warga (citizen journalist) yang terlibat dengan sebarang penyampaian maklumat.
Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw berkata kod etika berkenaan yang telah menggariskan lapan tanggungjawab antaranya berkaitan kesahihan dan ketepatan maklumat serta privasi sumber, merupakan elemen penting yang perlu diamalkan.
"Sebagai contoh apabila kita sedang melaporkan berita-berita yang sedih dan ada kalanya mangsa-mangsa ini tidak mahu ditemu bual atau didedahkan identiti mereka, maka tidak perlu untuk kita (media) mengeluarkan nama atau sebagainya (sebaliknya) dengan cara kita sendiri kita sampaikan maklumat itu dengan tepat dan sahih.
"Cuma saya nampak ada dalam kalangan orang awam yang menyiarkan video tanpa izin, sebagai contoh zaman sekarang ini masing-masing ada kamera di kereta dan sebagainya jadi telah disebarkan, perkara seperti itu perlu diambil berat," katanya ketika menjadi tetamu pada program bual bicara Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini pada Rabu.
Beliau berkata kod etika berkenaan juga dilihat mampu melonjakkan profesionalisme kewartawanan selain dapat membantu masyarakat untuk mendapatkan maklumat mereka berkenaan sesuatu perkara di saluran yang betul.
"Saya menyeru semua masyarakat untuk melihat kepada berita yang betul...kita ada hak untuk membaca (mana-mana sumber) tetapi kita kena pandai menilai dan celik untuk memilih yang terbaik dan jangan cepat terpengaruh," katanya.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), menggariskan lapan tanggungjawab utama wartawan.
Selain sebagai suara masyarakat majmuk dan menjadi agen pemudah cara dialog, wartawan juga perlu telus dan berintegriti apabila menjalankan tanggungjawab.
"Mereka juga digalakkan supaya konsisten berlaku adil dalam menyampaikan maklumat dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan peribadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Jessica berkata kod etika berkenaan yang telah menggariskan lapan tanggungjawab antaranya berkaitan kesahihan dan ketepatan maklumat serta privasi sumber, merupakan elemen penting yang perlu diamalkan. - Foto fail
Tiga maut lori terbalik jatuh gaung
Tiga lelaki maut dipercayai tercampak dan jatuh ke dalam gaung apabila lori dinaiki mereka terbalik di Projek Di Raja Lojing di Gua Musang.
Kerajaan Negeri Sembilan tukar kereta rasmi, elak kos selenggara tinggi - MB
Kerajaan Negeri Sembilan membuat 16 pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan beberapa anggota pentadbiran kerajaan negeri.
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kod Etika Wartawan perlu diamalkan oleh 'citizen journalist'
Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw berkata kod etika berkenaan juga dilihat mampu melonjakkan profesionalisme kewartawanan.